Rabu, Mac 24, 2010

Adik Angkat Aku

Choki aka Akmar Syatila

peace..

senyum ceria..

Selasa, Mac 16, 2010

Majlis Perkahwinan Sepupu Di Batu Gajah

Selamat Pengantin Baru

Sabtu lepas sepupu aku dah selamat melangsungkan perkahwinannya.Majlis sebelah perempuan telah diadakan di Batu Gajah. Aku sekeluarga turut dijemput untuk memeriahkan majlis. Antara gambar2 sekitar majlis akad nikah dan persandingan seperti di bawah (malas nak cerita la pulak panjang2 hehe).

Senyuman Ceria Selepas Sah Bergelar Suami Isteri

Abang, Adik2 dan Sepupu Pengantin Lelaki

Haikal & Moyangnya


Cerianya...













Isnin, Mac 01, 2010

Program Bersama Italian Journalist / Modenas Pada 28 Feb 2010


Alhamdulillah Program Bersama Italian Journalist Bersama Modenas berlangsung dengan jayanya semalam.malas nak tulis balik,ni aku copy paste report yg aku post kat dalam forum GT128.

aku merupakan gtrians pertama yg sampai di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang.tepat pukul 8.30 aku dah terpacak kat situ.Nasib baik en.Adam dah sedia menunggu,ada jugak member nak sembang2 sementara menunggu gtrians lain sampai. Setelah berborak lebih kurang,Gtrians lain sampai lebih kurang pukul 9 pagi (ada yg lambat sampai,nak kena sebat la diorang ni Grin).Sementara menunggu para journalist Itali sampai,kitaorang sempat bersarapan dulu.Terima kasih kepada pihak MODENAS yang menaja sarapan pagi kami.Program ni juga dihadiri oleh wakil Elegen dan juga CT bikerz.Setelah semua dah kenyang bersarapan,Journalist itali tu pun sampaii di Restoran Pelita Nasi Kandar lebih kurang pukul 10.30 pagi, dan program pun bermula dengan sesi mengambil gambar dan shooting.Setelah habis acara di Restoran,semua peserta program telah berkonvoi mengelilingi KLCC sambil Journalist Itali terbabit membuat rakaman.Tahniah diucapkan kepada Gtrians,CTrians dan Elegeners yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang pangambaran tersebut,siap dapat puji-pujian lagi dari Journalist itali tu.Good2 dia cakap hehe... Grin.Dah selesai keliling KLCC,diorang telah memilih 3 biji moto GT untuk diambil gambar sekitar KLCC.Motor2 yg terpilih ialah motor Kindron_criminal,Kusanagi & wAK (bestla korang,moto dapat masuk majalah itali,siap ngan gambar tuan2 nya sekali,glemer la korang ek... Grin).Sementara menunggu diorang habis ambil gambar,peserta2 yang lain telah diarahkan menunggu di Dataran Merdeka untuk acara seterusnya.setelah menunggu hampir 1 jam(sampai yg dah mandi peluh dan jadi ikan masin),Journalist Itali pun sampai kat Dataran Merdeka dan mengambil gambar semua peserta di situ pulak.(asyik bergambar jer,sampai abis bateri kamera hehe).Setelah selesai acara di Dataran Merdeka,sampailah ke acara terakhir.Pengambaran di jalan motosikal di Lebuhraya persekutuan (kat Itali xdak jalan moto kot,tu yang dia nak shooting kat jalan moto tu Grin Grin).Pengambaran berakhir di susur keluar PJ Hilton.Setelah mengucapkan terima kasih kerana telah menjayakan program tersebut (siap salam2 lagik ngan Journalist itali tu),kitaorang pun mengundurkan diri untuk aktiviti seterusnya iaitu berkonvoi ke Putrajaya untuk solat zohor di Masjid Besi..
Akhir kata bagi pihak Gtrians,aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MODENAS yang telah sudi menjemput kami semua bagi menjayakan proram ini.Semoga selepas ini dapat berkerjasama lagi dalam program2/xtvt yang akan dianjurkan...
Sekian,terima kasih..