Khamis, Disember 24, 2009

22 Tanda Akhir Zaman

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Isnin, Disember 07, 2009

Konvoi Modenas CubPrix Sepang 2009

Our Marshall Leader

Alhamdulillah akhirnya konvoi Cubprix Sepang telah berlangsung dengan selamat dan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Modenas yang menaja peserta konvoi.(Kalau x, tidak merasa la nak ke Sepang tu hehe).Banyak kenangan manis yang terkumpul masa konvoi dan di Litar Sepang.apapun,korang layan la gambar2 yang sempat aku ambik masa kat sana tu ek.Insyaalah lepas ni kalau ada rezeki kita jumpa lagi...Adios...


Rabu, Disember 02, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Selasa, November 24, 2009

Hari Keluarga MSAT Di Taiping Golf Resort

Kenangan di Bilik 143

Alhamdulillah perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga MSAT telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 21 hb Nov hingga 23 Nov 2009 lepas.Kitaorang bertolak daripada MINDEF lebih kurang pukul 10.30 pagi pada 21 hb.tupun sebab Kapt Rozmi lambat skit, jalan jem katanya.Setelah bertolak kitaorang berhenti makan pagi kat R&R Rawang untuk mengalas perut. Selepas bersarapan (kami dah sarapan kat umah,org umah siap goreng nasik lagi) kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 4 ptg jugakla sampai kat Taiping Golf Resort.Perghhh memang kelas la Resort ni.X sia2 kitaorng datang jauh2.Aktiviti pertama kitaorng pada malam tu adalah lawatan ke Night Safari Zoo Taiping.Danial ngan Haikal apa lagi ,memang seronok la dapat pergi ke Zoo Taiping(Dari KL lagi Dah tanya bila nak pegi Zoo). Memang best jugakla kat Zoo malam tu walaupun x banyak binatang yang dapat dilihat(hujan,gelap & binatang x aktif). Apapaun kitaorang enjoy....Dah setel hari sabtu.ahad petang kitaorang ke Bukit merah lake Town resort plak untuk mandi manda huhu.Aku pun first time kesana. Best jugakla walaupun x sebest Sunway lagoon.(yg penting anak2 aku seronok dah ler).masa kat Bukit merah jugak aku sempat jumpa geng GT dari Gunung Semanggol yg kerja kat situ,Azrie namanya(terima kasih sudi jumpa aku dan layan aku sembang,ada rezeki nanti kita jumpa lagik,siap bergambar kenangan lagi tu hehe...)Overall kitaorang semua enjoy kat Bukit Merah Lake Town (Kredit buat pengurusan Taiping Golf Resort yg menganjurkan lawatan kesana).Hari Isnin kitaorang x kemana-mana pasal hari tu berlangsung Mesyuarat Setiausaha Persatuan Sukan ATM.(Rasanya famili aku mesti dok berendam kat dalam kolam resort masa kitaorang sibut mesyuarat).Memang sedih nak tinggalkan Resort,setelah 3 hari 2 malam kat sana huhu.Walau apapun terima kasih banyak2 kat staf2 MSAT yang menjayakan hari keluraga ini.Kenangan yg x dapat dilupakan sepanjang hayat.Ada rezki nanti kita bercuti lagi....


Dah letih da...

Posing,jangan x posing..

Cam marah jer....

Makan malam..BBQ tu...

Naik keretapi kat Zoo Taiping

Kenangan...

Ngan Famili Sjn intan

Kat depan resort

Sarapan pagi ala-ala western

Kat Bukit Merah Lake Town Resort

Sejuk2 pun sempat posing lagi tu

aku nak posing gak hehe

Tengah sibuk kat bilik mesyuarat

Letih tunggu mesyuarat,lambat habisla pulak...

kat R&R Tapah,berenti rehat jap

Ngan Yan & suami

Acara makan durian..kat hentian sebelah mana ntah

Isnin, November 16, 2009

Lawatan Ke Muzium Negara



Memandangkan jadual aku pada hari sabtu bersama-sama kawan2 GT128,hari ahad 15 Nov 2009 aku memperuntukkan masa aku dengan famili aku pulak.Destinasi kami adalah Muzium Negara.memandangkan pameran permainan tradisional adalah hari terakhir, so kitaorang apa lagi terus jer ke sana(itupun selepas 10 tahun x pergi hehe).Lawatan ini kira satu pembelajaran jugak kepada anak2 aku yg x pernah main permainan tradisional seperti yang pernah aku main masa kecik2 dulu,yang diorang tahu games HP ngan komputer jerla(anak2 zaman moden la katakan).Malas nak cerita panjang,aku upload jerla gambar2 masa kat sana hari tu(Sibuk ngan kerja,malas nak tulis hehe)...

Tengah main congkak

Tengah main dam aji...

Tengah main apa ntah..aku pun tak tau..

main tuju tin..

Sempat lagi posing tu..

rehat jap...

kat mana ntah..dah lupa plak..

Kat depan pelamin diraja..

Ta'kan melayu hilang di dunia..

sedia..tembak

Boling Persahabatan Geng Forum GT128Riders di IOI Malll Puchong Pada 14 Nov 2009

Kenangan Terindah

Alhamdulillah 14 Nov 09 Boling persahabatan antara Forumers GT128Riders selamat berlangsung.Walaupun pelbagai rintangan,akhirnya berlangsung ngan jayanya.Tak dapat dinafikan yang hari tu memang best.Walaupun aku kurang menjadi tapi dapat no 3 jugak la dalam reramai tu.tapi yang bestnya otai kita wakli7885 memang juara la(org muda pun xleh lawan,snooker pun dia teror,otaila katakan).Memandangkan aku sibuk skit kat opis hari ni,x dapat nak cerita banyak kat sini.nanti aku sambung lagik.Aku upload gambar jer dulu ek...

Rabu, November 04, 2009

Status Halal Old Town White Coffee

(Diambil dari blog pkrpasdap.blogspot.com)

Assalamualaikum abe MIE,

Saya ada cerita yang mahu abe MIE siarkan di dalam blog untuk dibaca kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya orang Melayu mengenai perniagaan kafe francais yang diusahakan oleh Old Town White Coffee.

Salah seorang sahabat saya mempunyai modal dan kepakaran di dalam perniagaan restoran berjinak-jinak menceburi bidang bisnes dengan Old Town White Coffee (OTWC).

Pada satu hari, rakan saya telah berjumpa dengan salah seorang pengurus yang diberi peranan untuk mengendalikan usahawan francais di bawah OTWC. Sahabat saya mempunyai modal yang mencukupi dan memiliki lokasi yang strategik untuk membuka cawangan kafe berkenaan. Dia juga sanggup mematuhi peraturan dan prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan OTWC nanti.

Sewaktu kami pergi ke bahagian berkenaan dan bertanyakan seorang pengurus jabatan francais yang berbangsa Cina, tetapi kami terkejut dengan jawapannya.

"KAMI TIDAK SUKA ORANG MUSLIM (ISLAM) BERNIAGA CAFE KAMI DAN TIDAK BERI PELUANG KEPADA MELAYU".

Dalam hati kecil, kami berkata, OTWC dikunjungi oleh orang Melayu, kenapa perniagaan ini tidak boleh dibuka oleh orang Melayu? Kita sering mendengar mengenai kesamarataan dalam merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kaum Cina sering kali menuntut hak mereka di Malaysia sedangkan pada masa yang sama mereka tidak mahu berkongsi ekonomi untuk kemakmuran bersama-sama! Kenapa perkara ini berlaku?

Saya dan sahabat saya berborak mengenainya. Kami membuat kesimpulan, bangsa asing (Cina dan India) hanya memonopoli perniagaan untuk bangsa mereka sahaja dengan tidak mahu berkongsi dengan orang Melayu. Pada masa yang sama, orang asing menuntut hak yang sama rata daripada orang Melayu dalam bidang politik dan ekonomi serta mengambil keuntungan daripada orang Melayu.

Kami berdua merupakan pelanggan tetap di kafe berkenaan mendapati pihak pengurusan gemar mengambil pekerja dari negara Myanmar yang bukan beragama Islam. Tidak ada pekerja Melayu yang beragama Islam bekerja di OTWC.

Untuk itu, saya menyeru kepada orang Melayu dan umat Islam supaya TIDAK MENGUNJUNG KE OLD TOWN WHITE COFFEE kerana bisnes ini seolah-olah menjalankan perniagaan seperti yang dilakukan oleh bangsa Yahudi dan mereka sememangnya anti pada Islam. Mereka tidak mahu orang Islam berjaya dalam bidang ekonomi. Ini semua menggambarkan dasar Yahudi walaupun beroperasi di Malaysia yang merupakan 'negara orang Melayu yang beragama Islam'.

Salam abe MIE, tolong sebarkan di dalam blog pkrpasdap untuk informasi umat Islam dan orang Melayu.

Untuk itu, saya sertakan bukti menunjukkan OTWC merupakan perniagaan yang TIDAK DISAHKAN HALAL oleh pihak berkuasa terutamanya JAKIM.


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam (WCOK) telah beroperasi pada sekitar tahun 1999. Status penubuhan awalnya TIDAK HALAL dan sehingga kini konsep HALAL yang digunakan masih kabur dan boleh diragui. Antara produk yang diragui STATUS HALAL dan dikenalpasti HARAMnya ialah:-




Nissin Noodles, iaitu Mee Segera Nissin Noodles yang diimport dari negara Hong Kong.

Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish dan Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam pada tahun 1999, TIDAK ADA daging Salai HALAL yang diluluskan oleh JAKIM untuk diedarkan di Malaysia. Perkara ini boleh dirujuk dengan pakar pemakanan seperti para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti, Jabatan Perhotelan dan Food and Beverages (F&B).

Minyak masak yang digunakan untuk semua menu ‘Ipoh Ho Fun' atau I'poh Kuew Teaw Sup’ dihasilkan oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran kerana tidak mematuhi piawaian kerajaan dan masalah penggunaan bahan daripada lemak babi.

Herbal Jelly merupakan produk yang diimport dari negara China yang dikatakan menggunakan campuran daripada kura-kura. Khasiat kulit kura-kura menurut pendapat orang China bertujuan untuk memanaskan anggota dalaman badan terutama ketika musim sejuk. Persoalannya – adakah UMAT ISLAM boleh menggunakan herba jelly yang dihasilkan daripada kulit haiwan berkenaan!


Untuk memperdayakan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, WCOK telah membuat salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).


WCOK mengatakan, JAIPK yang bertanggung jawab menilai dan menyelia produk berkenaan sedangkan sejak 10 tahun yang lepas CWOK masih merayu untuk memperoleh sijil HALAL.


Justeru, selama ini mereka beroperasi dengan menipu umat Islam terutama mengenai status HALAL!



ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIJIL HALAL KONONNYA IA DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAIPK.



Selain penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK, umat Islam juga mudah terpedaya dengan paparan beberapa nama pekerja beragama Islam yang bekerja dengan mereka. Tujuannya untuk mengaburi pelanggan Islam kononnya penyediaan makanan dilakukan oleh pekerja yang beragama Islam dan kita semua boleh menikmati hidangan tanpa waswas. Selain itu, terdapat pekerja wanita yang bukan beragama Islam memakai tudung di kepala bagi mengelirukan kita semua.


Di Kulim, Kedah terdapat seorang pengusaha restoran Kopitiam Pak Hainan yang diusahakan oleh orang Melayu yang tidak mengendahkan tentang status HALAL makanan yang dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Pengusaha berkenaan juga memberitahu pengunjung, pekerja restoran kesemuanya beragama Islam dengan memakai tudung di atas kepala. Mereka tidak perlu khuatir mengenai status HALAL dan HARAM kerana makanan disediakan oleh 'orang Islam yang bertudung'.



Di Tesco Seberang jaya, Perai, Kopitiam White House telah menipu dan memperdayakan umat Islam dengan sijil HALAL dan meletakkan logo HALAL dari JAKIM. Kopitiam berkenaan telah menghidangkan beberapa menu seperti noodles atau mee yang TIDAK HALAL. Apabila ditanya mengenai mee berkenaan, pihak pengurusan tidak memberi jawapan yang benar sebaliknya banyak berdolak dalih sedangkan mee berkenaan diimport dari negara China.



Pada tahun 1996, di dalam TESCO Kajang, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles 'atau 'Meenya’ yang menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai LUNCHEON MEAT. Aduan telah dibuat oleh pelanggan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh bahagian agama untuk menyamak restoran berkenaan yang sebelum ini menggunakan daging babi untuk hidangan kepada orang Cina.



Pendedahan juga dilakukan oleh beberapa orang pekerja Melayu yang pernah bekerja di White Coffee Oldtown Kopitiam mengenai operasi restoran berkenaan. Ekoran daripada itu, pekerja terbabit telah diberhentikan kerja oleh pengusaha yang berbangsa Cina setelah membongkar mengenai perniagaan ini kepada pelanggan beragama Islam dan orang Melayu.



Sekitar tahun 1998 hingga 2008, kira-kira 10 tahun beroperasi, WCOK berjaya membuka lebih 100 cawangan restoran yang menghidangkan MAKANAN KEPADA UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU TETAPI TIDAK HALAL!


Pihak berkuasa seperti JAKIM pula bertindak seperti kera kesakitan walaupun beberapa aduan telah dilakukan. Adakah pihak JAKIM mempunyai kepentingan di dalam bisnes WCOK? Menurut sesetengah cerita yang tidak disahkan kebenaran, pihak JAKIM juga telah disogok dengan wang untuk 'menutup mulut' mengenai status HALAL dan HARAM restoran berkenaan.



Persoalannya, adakah menggunakan sijil HALAL atau Logo HALAL dari JAKIM secara penipuan tidak menjadi kesalahan?



Namun begitu, beberapa Kopitiam yang prihatin dan bertanggung jawab seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM mendapat sijil HALAL JAKIM kerana tidak membeli makanan yang diimport dari negara Taiwan, Hong Kong, China dan Jepun.




DI PERAK, Sijil HALAL dikeluarkan untuk minuman sahaja sedangkan TIDAK di dalam penyediaan makanan kepada umat Islam dan orang Melayu. Justeru, beberapa restoran atau kafe yang menghidangkan makanan TIDAK HALAL untuk dimakan.


Antara restoran berkenaan;


1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam

Rujukan boleh dibuat di laman web: www.oldtown. com.my

abe MIE- Sebarkan kepada seluruh Umat Islam di dalam blog atau e-mel masing-masing.


Nota- Petikan Asal diedit untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak DBP.

Status Halal Old Town White Coffee

Ramai yang tersangkut atau melepak bersama kengkawan di cafe-cafe berkonsep baru ini. Tanpa mengendahkan status cafe-cafe berkenaan, masing-masing menjamu selera tanpa berfikir panjang. Cerita tentang keraguan status halal Old Town White Coffee, sudah lama diperkatakan.

Dan kali ini, ia berbunyi lagi... (BACA DI SINI)

Selasa, Oktober 27, 2009

Konvoi Modenas Shell Advance GP Sepang 2009

Aku berlatarbelakangkan Podium..

Sesi pendaftaran di R&R Dengkil..

Ahad lalu 25 Okt 09 telah berlangsung Shell Advance GP Sepang 2009.Untuk memeriahkan acara tersebut pihak Modenas telah menganjurkan Konvoi motor2 Modenas ke Sepang.Aku pun x melepaskan peluang turut serta,memandangkan geng2 Forum GT128 pun pergi,aku pun apa lagi join la sama.Fuhh memang best berkonvoi ni.Aku rasa lebih kurang 400 buah motor2 pelbagai model Modenas.Antaranya Elegen,Kriss,Elit dan sudah semestinya GT128.Aku yang x pernah menjejakkan kaki ke Sepang akhirnya sampai jugak.Memang kagum aku dengan Litar F1 Sepang ni.Apapun memang best la race hari tu,yang mana akhirnya Rossi telah dinobatkan sebagai juara dunia.Tak ketinggalan juga tahniah diucapkan kepada pelumba negara iaitu Elly dan Fahmy di dalam kemunculan pertama mereka di GP Sepang kategori 125cc.Jutaan terima kasih juga buat Modenas kerana menaja tiket untuk semua rider2 Modenas yang menyertai konvoi tersebut.(Tahun depan Sponsor la lagi).

senyum...

Tengok apa tu...

Motor aku jalan jauh hari ni...

Epen69

Aku,DoubleYouAsDoubleYou&Cikgu

Newbie...

Ichi senyum apa tu

Baha cam letih jer

Bro Wsn 4092

Tengah tengok moto baru CT110

Aku ngan Suzuki Skydrive Konsep

Fahmy..

Elly..

Antara cenderahati yang sempat dibawa balik dari Sepang