Selasa, November 24, 2009

Hari Keluarga MSAT Di Taiping Golf Resort

Kenangan di Bilik 143

Alhamdulillah perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga MSAT telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 21 hb Nov hingga 23 Nov 2009 lepas.Kitaorang bertolak daripada MINDEF lebih kurang pukul 10.30 pagi pada 21 hb.tupun sebab Kapt Rozmi lambat skit, jalan jem katanya.Setelah bertolak kitaorang berhenti makan pagi kat R&R Rawang untuk mengalas perut. Selepas bersarapan (kami dah sarapan kat umah,org umah siap goreng nasik lagi) kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 4 ptg jugakla sampai kat Taiping Golf Resort.Perghhh memang kelas la Resort ni.X sia2 kitaorng datang jauh2.Aktiviti pertama kitaorng pada malam tu adalah lawatan ke Night Safari Zoo Taiping.Danial ngan Haikal apa lagi ,memang seronok la dapat pergi ke Zoo Taiping(Dari KL lagi Dah tanya bila nak pegi Zoo). Memang best jugakla kat Zoo malam tu walaupun x banyak binatang yang dapat dilihat(hujan,gelap & binatang x aktif). Apapaun kitaorang enjoy....Dah setel hari sabtu.ahad petang kitaorang ke Bukit merah lake Town resort plak untuk mandi manda huhu.Aku pun first time kesana. Best jugakla walaupun x sebest Sunway lagoon.(yg penting anak2 aku seronok dah ler).masa kat Bukit merah jugak aku sempat jumpa geng GT dari Gunung Semanggol yg kerja kat situ,Azrie namanya(terima kasih sudi jumpa aku dan layan aku sembang,ada rezeki nanti kita jumpa lagik,siap bergambar kenangan lagi tu hehe...)Overall kitaorang semua enjoy kat Bukit Merah Lake Town (Kredit buat pengurusan Taiping Golf Resort yg menganjurkan lawatan kesana).Hari Isnin kitaorang x kemana-mana pasal hari tu berlangsung Mesyuarat Setiausaha Persatuan Sukan ATM.(Rasanya famili aku mesti dok berendam kat dalam kolam resort masa kitaorang sibut mesyuarat).Memang sedih nak tinggalkan Resort,setelah 3 hari 2 malam kat sana huhu.Walau apapun terima kasih banyak2 kat staf2 MSAT yang menjayakan hari keluraga ini.Kenangan yg x dapat dilupakan sepanjang hayat.Ada rezki nanti kita bercuti lagi....


Dah letih da...

Posing,jangan x posing..

Cam marah jer....

Makan malam..BBQ tu...

Naik keretapi kat Zoo Taiping

Kenangan...

Ngan Famili Sjn intan

Kat depan resort

Sarapan pagi ala-ala western

Kat Bukit Merah Lake Town Resort

Sejuk2 pun sempat posing lagi tu

aku nak posing gak hehe

Tengah sibuk kat bilik mesyuarat

Letih tunggu mesyuarat,lambat habisla pulak...

kat R&R Tapah,berenti rehat jap

Ngan Yan & suami

Acara makan durian..kat hentian sebelah mana ntah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan