Selasa, April 13, 2010

Sunday Breakfast Ride Ulu Yam 11 Apr 2010


Assalamualaikum….

Alhamdullillah Sunday Ride Breakfast 1 yang telah diadakan pada hari ahad 11/04/2010 telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh orang2 kuat MODENAS…

kisahnya bermula begini....

Pada pukul 7.30 kami semua telah berkumpul di Petronas Giant Bt Caves, tepat pukul 7.45 kami bertolak ke Petronas Kg Bendahara dan disana semua orang2 kuat MODENAS telah menunggu kedatangan kami ahli2 GTRians. Di sana kami di beri baju dan taklimat serta bacaan doa oleh salah seorang ahli2 GTRians yang lebih di kenali dengan panggilan Wan_gt(ustaz UIA ni hehe).

Kami seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk meneruskan perjalanan selepas itu dan lebih kurang ½ jam perjalanan kami semua selamat sampai ke destinasi yang dituju(Ulu yam,here we come hehe Grin Grin).Setibanya sampai kami diberi sarapan(pakat melantak la ,apa lagik hehe) dan selepas makan wakil GTRians iaitu Pengerusi kami yang baru telah memberi sedikit ucapan terima kasih kepada orang2 kuat MODENAS dan terima kasih kepada semua ahli2 GTRians yang telah sama2 memeriahkan majlis SBR 1 ini dan diikuti dengan ucapan dari orang2 kuat MODENAS. Pengerusi telah memperkenalkan semua AJK2 yang baru dilantik dan diikuti seisi soal jawab ahli2 GTRians kepada orang2 kuat MODENAS mengenai masalah2 yang dihadapi oleh GTRians2, service center, aksesori tambahan dan perkara2 yang berbangkit. Selepas selesai sesi soal jawab (cam rancangan kat tv3 plak) sesi bergambar ahli2 GTRians bersama En. Amir di adakan (x abis2 bergambar Grin Grin).

Selepas itu aktiviti2 bebas seperti ada yang terus balik, mandi manda (terjun tiruk), naik genting dan melayan corner (MELEPER) hehehehe… Sambil mandi manda kami disajikan makan thari yang telah disponsor oleh ehem2….. Serba sedikit pengalaman yang telah kami lalui dan saat2 gembira untuk dikongsi sama2 dan bagi yg tidak dapat menghadirkan diri saya rasa ini adalah satu kerugian yang amat besar woooooooooooooooo… huhuhu
Lebih kurang pukul 5 kami pun bersiap-siap untuk pulang. Dlm perjalanan pulang kami mengisi minyak dan secara tiba2 hujan turun dengan lebatnya dan kami pun mandi ujan la (dua kali mandi ni hehe)… layannnnnnnnnnnn, hehehe… seterusnya kami meneruskan perjalanan dan menuju ke destinasi masing2 dan alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing2 dengan selamat.

2 ulasan: